Tuesday, December 13, 2016

Kembali bekerja setelah bercuti...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum terus berbicara, marilah kita berselawat.

"Selawat dan Salam untuk Rasul junjungan Muhammad S.A.W , ahli keluarga serta sahabat baginda"

 Rabu sehingga Sabtu yang lalu, saya bercuti dan menginap di Ancasa Port Dickson.. menikmati masa kualiti bersama keluarga mertua. Seronok memang seronok sebabnya kalau berkumpul ramai-ramai macam ni, aktiviti makan makan akan sentiasa menjadi aktiviti utama selain dari mandi di kolam atau di laut. Anak-anaklah yang paling seronok, berendam sepuasnya dalam kolam...

Usai keluar hotel terus ke Melaka untuk menghadiri kenduri arwah Makcik Hasnah. Semoga Allah merahmati ruh beliau sentiasa..dan juga para muslimin muslimat sekaliannya. Aamiin. Selesai kenduri, bergerak pula ke kampungku di Jementah. Sungguh pantas masa berlalu seperti tidak sempat untuk membuat aktiviti secara maksima bersama keluarga. Tup tup, Isnin tiba dan pulang semula ke 'Home Sweet Home' dan meninggalkan Mak dan Abah di kampung.. Cuti panjang begini, haruslah ada rehat sehari sebelum bekerja semula supaya segala kerja-kerja rumah diselesaikan terlebih dahulu dan mengembalikan semula mood diri dan anak-anak untuk kembali kepada rutin asal.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas nikmat dan kurnia-Nya yang tak terhingga.

Oh ya, untuk gathering in-law, saya bawa RedVelvet Slice... Jemput melihat.


Call saya untuk dapatkan Premix BBBPremium RedVelvet. Saya juga menjual Kek Red Velvet dan Red Velvet Slices yang telah siap.... .Call nombor di bawah untuk tempahan.



**COD Cyberjaya,Dengkil,Kota warisan dan kawasan yang berhampiran**

#Homemadeishappiness
#BBBPremiumPremix
#Sambiladunsambilselawat
#ProdukMuslim

Till then, Ma'as Salamah..

No comments: